kehadapan saudara Adam,
Assalamualaikum Adam. Adam apa khabar? Hawa sihat-sihat je..
Adam, Hawa bangga dengan Adam sebab Adam dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengarah program yang baik hari tu. Terserlah sungguh kepimpinan Adam.
Hawa juga hormat Adam sebab Adam menjaga pandangan mata, tidak merokok dan cukup solat lima waktunya..
Insya'Allah Adam akan dapat isteri yang solehah dan baik budi pekertinya suatu hari nanti..
Adam,
Hawa tahu bahawa tanggungjawab yang dipikul dibahu Adam sangat lah berat. Kalau adik ataupun kakak perempuan tidak menutup aurat, Adam pun share kongsi dosanya bersama.
Nanti kalau dah kahwin, nak jadi pemimpin yang baik untuk isteri lagi kan.. Isteri tu tanggungjawab Adam.. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak..
Ketaatan kepada Ibu juga tidak boleh berkurangkan walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri..
Oh, beratnya tanggungjawab Adam..
Sebab tu lah Adam selalu je tegur Hawa dan kawan-kawan tentang etika pemakaian sebagai muslimah, jaga perlakuan, tak bagi kami keluar malam dan sebagainya.
Terima kasih Adam atas nasihat tu, Hawa dan kawan-kawan terimanya dan pasti akan ikut
kalau
Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya..
Adam,
hati Hawa umpama kerak nasi..sekeras-keras kerak nasi bila kena air lembut juga kan. tapi kena alirkan air tu dengan lembut. Jangan keras, nanti hancur terus jadinya.
Adam dah faham?
Akhir kata daripada Hawa, terima kasih kerana menjadi pelindung Hawa, tapi nasihatkan lah kawan-kawan Adam yang manjadikan kawan-kawan Hawa sebagai pemuas nafsu mereka, sebagai tempat melepaskan geram mereka..
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..
Terima kasih sekali lagi Adam sebab tolong Hawa..
Yang Ikhlas,
Hawa
p/s: okey, entry ni copy paste daripada blog lama aku..(^,^)
1 comment:
bak mai links lama plisss..
Post a Comment