Friday, March 14, 2014

Surat untuk awak


Ya Allah., dah lama sangat rupanya meninggalkan zaman blogging. entah kenapa mood tiba tiba terus hilang. mungkin sebab kesibukan diri ataupun pudarnya minat.

Tetapi hari ini, jari tiba tiba mengalunkan rentak di atas papan kekunci mengikut irama rasa hati dan kotak fikiran. err., kenapa macam hiperbola sangat ayat gua?

Kisah itu sudah hampir setahun berlalu tapi bagi aku seperti baru semalam semuanya terjadi. masih segar dalam ingatan segala bait bait kata selamat tinggalnya.

"I have someone"

"Terima kasih untuk semuanya, Maafkan saya"
Kalaulah hati aku sekeras besi, pasti amat susah untuk air mata ni untuk terus terusan mengalir bila membaca ayat tersebut tapi hati aku rapuh. serapuh daun yang sudah tidak boleh membuat proses fotosintesis.


Nak bina balik kekuatan hati ni tak pernah semudah yang disangka. sehari dua memang takkan dapat. sebulan dua pun belum tentu. Mungkin setahun dua? parah bila melibatkan hati ni.

Kadang kadang penat jugak nak memujuk hati ni. berminggu minggu berendam air mata. harapan menggunung untuk dia kembali lagi. macam bodoh pun ada tapi benda itu yang aku rasa.

Kawan kawan aku kata aku kuat sebab aku masih boleh menonton cerita cinta bahagia mereka dan aku hanya senyum. Kawan kawan aku juga kata aku kuat sebab aku masih boleh bertegur sapa dengan dia sambil memberikan senyuman yang cukup manis.

Tapi hanya aku yang rasa bila penatnya menangis dalam hati. penatnya sedih hingga dalam tidur pun boleh menangis. penatnya bercerita tentang dia yang sepatutnya dah patut jadi sejarah.

Dan lagi bertambahnya luka di hati ni bila dia menganggap aku kuat., tak pernah sedih dengan apa yang jadi dan seperti tidak rasa bersalah dengan apa yang pernah dia lakukan. Mungkin juga menganggap aku tak pernah wujud sebelum ni.

"Dan awak cuma perlu kuat. Sekuat batu kerikil. Berhenti tanya apa salah awak. Dan alihkan jari awak dari terus menuding pada dia." ~ effa zalila




Mungkin sekarang aku dalam proses 'elimination'. sepatutnya memaafkan adalah yang terbaik. aku cuba dan cuba dan cuba dan masih lagi mencuba untuk memaafkan.

Untuk awak yang mungkin akan terbaca tulisan ini.,

Terima kasih kerana pernah datang, lalu menghilang,
Terima kasih pernah ada, lalu tiada,
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur,
Terima kasih pernah meninggalkan harap, lalu menjatuhkan.
Terima kasih pernah mendekat, lalu menjauh,
Terima kasih pernah peduli, lalu tak acuh...

Doakan saya untuk terus memaafkan tanpa rasa dendam. Maafkan saya kerana  mungkin ada yang mencemuh sebab kisah yang tak seberapa ini.

Untuk awak.,

 saya tahu awak sudah bahagia, hati berbunga bunga lah katakan tapi tolonglah walau sekejap, cuba pandang kebelakang dan datang kearah saya lalu berkata dengan penuh ikhlas;

"Maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya.
 Maafkan saya untuk semua perkara. 
Saya tahu awak sedih, saya tahu awak terluka.
Dan semua ni memang salah saya"

Itu je ayat yang saya harapkan daripada awak.



ehem, well, aku bukan manusia tak ada iman nak meraung melalak agar dia kembali. tapi aku cuma perlukan kata maaf yang keluar dari mulut tuan badan sendiri dan sedikit penjelasan kenapa akhirnya begini.

Aku juga manusia yang ada motivasi. Aku yakin dengan perancangan Allah kerana caturannya sangat awesome.


Dibiar dua sayap berlari,
ditikam sayang dua hati,
masih berat memori berisi janji,
mohon pergi, jauh dari sini.

copy paste dari zaffe.


p/s: "Don't be too confident when someone tells you they like you. The real question is, until when? Because just like seasons, people change and so do feelings." 
~best quotes~

p/s : hati hati menjaga hati biar hati nanti tidak disakiti